Kadar Duti Setem Bagi Pindahmilik Kasih Sayang

KADAR DUTI SETEM BAGI PINDAHMILIK KASIH SAYANG

KADAR DUTI SETEM BAGI SURATCARA PINDAHMILIK KASIH-SAYANG

Pemindahan hak milik hartanah secara pindahmilik kasih sayang merujuk kepada proses di mana harta dipindahkan di antara ahli keluarga terdekat tanpa melibatkan pembayaran wang. Di Malaysia, pemindahan hak milik secara kasih sayang sering diberikan pengecualian atau pengurangan duti setem, bergantung kepada nilai pasaran hartanah tersebut dan juga kategori hubungan kekeluargaan di antara pemberi dan penerima.

Kadar Duti Setem Ad Valorem Bagi Pindahmilik Yang Tiada Pengecualian/Peremitan

Seperti yang diketahui, suratcara pendaftaran pindah milik akan dikenakan bayaran duti setem mengikut nilai pasaran hartanah tersebut yang akan dinilai oleh pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta ‘JPPH’. Peratusan duti setem yang dikenakan adalah seperti yang berikut;

Peratusan duti setem Had Harga Jualan
1% RM100,000 yang pertama.
2% RM100,001 sehingga RM500,000
3% RM500,001 sehingga RM1,000,000
4% RM1,000,000 dan seterusnya

 

Walau bagaimanapun, bagi penyeteman suratcara pindah milik kasih sayang atau tanpa balasan, terdapat pengecualian dan peremitan yang diberikan oleh kerajaan di bawah perintah dibawah:

    • Perintah (Pengecualian) (No. 3) 2023, P.U.[A] 178– Pengecualian duti setem sebanyak 100% diberikan untuk urusan pindahmilik kasih-sayang/tanpa balasan bagi:
        • Pindahmilik antara suami dan isteri;
        • Pindahmilik antara ibu bapa dan anak (dan sebaliknya); Pengecualian 100% diberikan untuk RM1,000,000 pertama nilai hartanah. Baki nilai selebihnya dikenakan duti setem penuh, tetapi diberikan peremitan 50%.
        • Pindahmilik antara datuk/nenek dan cucu (dan sebaliknya): Pengecualian 100% diberikan untukRM1,000,000 pertama nilai hartanah. Baki nilai selebihnya dikenakan duti setem penuh, tetapi diberikan peremitan 50%.

Bagaimana Pula Duti Setem untuk Pindah Milik Kasih Sayang yang Melebihi RM1,000,000?

Dalam situasi di mana nilai pasaran hartanah adalah RM1.2 juta, lebihan amaun RM200,000 tersebut akan dikira duti setemnya mengikut kadar yang umum (rujuk jadual di atas) dan peremitan bagi amaun tersebut sebanyak 50% sahaja.

Pengiraan adalah seperti berikut:

  • RM1,000,000 pertama: Tiada bayaran (pengecualian penuh 100%)
  • RM200,000 selebihnya: 4% × RM200,000 = RM8,000
  • Pengurangan 50% = RM8,000 – RM4,000 = RM4,000
  • Jumlah duti setem yang perlu dibayar: RM4,000

Syarat Kelayakan Pengecualian Duti Setem di bawah Perintah (Pengecualian) (No. 3) 2023, P.U.[A] 178

Syarat Penjelasan
Tarikh surat cara pindahmilik Surat cara pindah milik harta tak alih itu mestilah disempurnakan pada atau selepas 1 April 2023
Pindah milik secara sukarela Pemindahan mesti dilakukan tanpa sebarang paksaan.
Penerima warganegara Malaysia Hanya penerima yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia yang layak.
Dokumen yang sah Dokumen pemindahan perlu disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Hubungan keluarga yang sah Terpakai untuk pemindahan antara:

  • Ibu bapa kepada anak kandung, anak tiri atau anak angkat yang berdaftar (dan sebaliknya)
  • Suami kepada isteri (dan sebaliknya)
  • Datuk/Nenek kepada cucu (dan sebaliknya)

 

KADAR DUTI SETEM BAGI PINDAHMILIK KASIH SAYANG

Harus diingatkan semula bahawa bukan kesemua hubungan kekeluargaan akan layak mendapat  pengecualian/peremitan bagi duti setem pindahmilik kasih-sayang meskipun terdapat perjanjian Hibah yang lengkap dan berdaftar. Oleh itu, sebelum meneruskan apa-apa urusan yang melibatkan hartanah anda, sila dapatkan nasihat dari pihak peguam yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang ini.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

Related