Perjanjian Tanpa Peguam: 4 Risiko Critical Yang Ramai Tak Sedar

Buat perjanjian tanpa peguam? Sah tu sah… tapi adakah selamat? 4 perkara wajib semak dulu!

Seringkali kami menerima soalan ini, “adakah setiap perjanjian perlu melalui peguam?

Tak kurang juga ada situasi yang berlaku kepada kami, bilamana kami dah sediakan deraf perjanjian tetapi kemudian anakguam senyap sepi. MIA bersama deraf perjanjian yang kami telah kongsikan pada mereka. Alasan mereka, fi guaman terlalu tinggi. Jadi mereka memilih untuk membuat perjanjian sendiri antara mereka.

Buat perjanjian tanpa peguam? Sah tu sah… tapi adakah selamat?

CONTOH NYATA

Mari kami ceritakan satu kisah.

Seorang pembeli telah menyaman dua invididu yang dikatakan telah menipu beliau. Dua individu tersebut telah menawarkan kepada beliau untuk membeli satu bidang tanah. Beliau bersetuju dan telah membuat bayaran penuh dan secara terus kepada dua individu tersebut. Beberapa tahun berlalu, status tanah masih berdaftar ke atas nama dua individu dan proses pindahmilik masih belum dilakukan.

Perjanjian boleh jadi sah… tapi berapa risiko yang anda sanggup tanggung?

Adakah Mahkamah berpihak kepada Pembeli (selaku Plaintif) sedangkan kedua-dua Pembeli dan Penjual tidak diwakili peguam dan tiada dokumen yang mengikat kedua-dua pihak? Apa pendapat anda?

Perkara ini dapat dielakkan sekiranya Pembeli dan Penjual melantik peguam sebagai wakilcara kedua-dua pihak. Peguam akan dan boleh memastikan perkara berikut dilakukan secara tertib:-

  1. Pembeli membuat bayaran penuh harga jualbeli;
  2. Penjual menyerahkan dokumen berkaitan bagi membantu pindahmilik berlaku kepada Pembeli;
  3. Peguam memegang duit jualbeli sebagai stakeholder bagi Penjual, dan akan menyerahkan duit setelah pindahmillik berlaku;
  4. Proses pindahmilik dilakukan dalam tempoh masa yang masuk akal dan munasabah. Common practice di Malaysia adalah 3+1 bagi kes subsale.

Bukanlah semua perjanjian itu perlu diwakili oleh Peguam. Contohnya pinjaman kecil sesama ahli keluarga dan perjanjian sewa. Tetapi untuk urusan penting seperti jual beli tanah, rumah, perniagaan atau perjanjian sewa jangka panjang, melibatkan peguam sangat disyorkan.

KENAPA PERLU PEGUAM?

  1. Wujud perkara teknikal. Sekiranya ada perkara teknikal wujud dan perlu dimaklumkan kepada kedua pihak, peranan peguam diperlukan bagi menderaf perjanjian dengan sempurna dan bagi menjaga kepentingan kedua pihak.
  2. Menjaga kepentingan. Seperti kisah di atas, peguam bertindak sebagai wakilcara kedua-dua pihak dan memastikan kepentingan kedua-duanya terjaga. Di sinilah wujudnya klausa di mana sekiranya berlaku perlanggaran kontrak, apakah yang akan berlaku kepada pihak yang memungkiri dan dimungkiri.
  3. Kos lebih besar perlu ditanggung bila berlaku pertikaian. Perjanjian sendiri yang tidak disetemkan di LHDN masih sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, bagi mengemukakan perjanjian tersebut di Mahkamah, ianya perlulah disetem terlebih dahulu di LHDN. Pihak yang ingin mengemukakan perjanjian tersebut perlu membayara duti setem berkaitan DAN penalti/bayaran denda akibat lewat menyetem perjanjian tersebut.
  4. Dokumen tidak lengkap atau tidak sah. Sebagai contoh bagi perjanjian jual beli rumah/tanah, kedua-dua pihak perlu menandatangani Borang Pindahmilik. Borang tersebut kemudian dibawa ke LHDN bagi proses taksiran. Sekiranya dokumen ini tidak disediakan dengan betul, ianya mungkin boleh menyebabkan tidak sah.

SAYA MASIH TAK MAHU GUNAKAN KHIDMAT PEGUAM. KOS MAHAL!

Baik! Kami faham, ramai yang memilih untuk tidak melibatkan peguam kerana ingin menjimatkan kos, proses lebih cepat, atau percaya ia hanyalah “dokumen biasa”. Namun, kesilapan kecil dalam perjanjian boleh membawa akibat yang besar.

Tapi beringatlah, ada risikonya tau!

Risiko Membuat Perjanjian Tanpa Peguam

  1. Perjanjian Tidak Sah di Sisi Undang-Undang

Sekiranya perjanjian tidak memenuhi syarat sah kontrak di bawah Akta Kontrak 1950, ia boleh dianggap terbatal. Contoh kesilapan biasa ialah:

  • Tiada tarikh atau tandatangan saksi.
  • Bahasa perjanjian kabur dan tidak jelas.
  • Klausa yang bercanggah dengan undang-undang.
  1. Mudah Ditipu atau Dieksploitasi

Tanpa peguam, pihak yang lebih berpengetahuan mungkin memasukkan syarat berat sebelah. Akibatnya, pihak satu lagi boleh mengalami kerugian besar tanpa perlindungan undang-undang.

  1. Sukar Dikuatkuasakan di Mahkamah

Walaupun perjanjian ditandatangani, mahkamah mungkin menolak untuk menguatkuasakan dokumen yang tidak lengkap atau mengandungi klausa yang salah.

  1. Kos Jangka Panjang Lebih Tinggi

Ramai fikir jimat kos bila tidak guna peguam. Hakikatnya, bila timbul pertikaian, kos guaman, kos mahkamah, dan kerugian masa boleh jauh lebih tinggi berbanding upah peguam sejak awal.

Contoh Situasi Akibat Perjanjian Jual Beli Tanpa Peguam

  1. Jual Beli Tanah
    Seorang pembeli menandatangani surat jual beli tanpa peguam. Dokumen itu tidak mematuhi syarat Pejabat Tanah. Akhirnya, pemindahan hak milik gagal, pembeli hilang wang deposit.
  2. Perjanjian Pinjaman
    Pinjaman dibuat dengan kawan tanpa perjanjian bertulis yang sah. Bila kawan enggan bayar, sukar untuk menuntut kerana tiada dokumen kukuh.
  3. Sewa Rumah
    Pemilik rumah hanya buat perjanjian ringkas di atas kertas. Bila penyewa rosakkan rumah, tuntutan ganti rugi jadi lemah sebab tiada klausa jelas.

Nampak mudah, tapi tanpa peguam – ini 3 risiko besar yang ramai tak nampak! #LegalTips #JanganMainMain

PENUTUP

Jadi, menjawab kepada soalan tajuk post kali ini.

Adakah perjanjian bertulis yang disediakan sendiri oleh pihak-pihak yang terlibat dalam tanpa mendapatkan khidmat peguam untuk menderaf dan menyaksikan perjanjian bertulis itu, sah?

Jawapan ringkasnya, ianya adalah SAH.

Kerana Seksyen 2 Akta Kontrak 1950 telah menetapkan bahawa satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah satu kontrak.

Ia tidak mensyaratkan perjanjian itu mesti dideraf dan disaksikan oleh peguam untuk menjadikan perjanjian bertulis itu sah di sisi undang-undang. Yang penting, subject matter  atau intipati perjanjian itu sendiri mestilah sah di sisi undang-undang bagi menjadikan perjanjian tersebut sah dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

TETAPI ada risikonya. Membuat perjanjian tanpa peguam mungkin nampak mudah dan jimat kos, tetapi risikonya jauh lebih besar. Ia boleh menyebabkan perjanjian terbatal, kerugian wang, dan sukar mendapat keadilan di mahkamah.

Sekiranya anda mahu membuat sebarang perjanjian penting, sama ada jual beli rumah, pinjaman, atau perjanjian perniagaan, nasihat peguam sangat penting untuk melindungi hak anda.

Nak nasihat peguam? Boleh hubungi kami.

Related